Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Monday, April 06, 2015 0 Comments A+ a-


Bina rumah atas tanah sendiri mungkin boleh dijadikan jalan keluar bagi mendapatkan sebuah rumah idaman. Setelah kajian, pertanyaan dan carian pada laman Google. Penjimatan yang boleh dicapai dengan membina rumah sendiri hampir 30% (anggaran kasar jika mendapat khidmat kontraktor). Tetapi jika kita dapat cari tukang rumah sendiri maka kos pembinaan mungkin jadi lebih murah. 

Persediaan dan perancangan kewangan perlu mantap bagi memastikan projek membina rumah berjalan lancar. Sesiapa yang bekerja kerajaan bolehlah membuat pinjaman perumahan kerajaan dengan keuntungan 4% dan saya sebagai penjawat awam sudah semestinya akan membuat pinjaman perumahan kerajaan.

Saya bercadang untuk membina rumah dikampung, dan bercadang ingin membeli sebidang tanah yang pastinya bukan tanah lot. Memandangkan saiz tanah lot luasnya tidak dapat memenuhi kehendak saya. Nanti saya akan nyatakan kenapa saya tak nak tanah lot pada entri akan datang.

Setelah persetujuan bersama untuk membina rumah dikampung maka saya dan isteri berbincang tentang pelan rumah idaman kami. Ini part yang paling best main letak ikut hati jer tapi pastikan kena jadikan pelan rumah yang betul sebagai panduan dan pelan rumah tu search jela kat google.

Pada entri akan datang saya akan postkan beberapa lakarann yang telah dibuat dan perisian yang saya gunakan untuk membuat pelan. Terima kasih kerana sudi membaca.