BPP Bertukar ke LPPSA: Kesan Kepada Penjawat Awam

Tuesday, December 29, 2015 0 Comments A+ a-


Bagi penjawat awam Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) adalah satu kemudahan yang tidak asing lagi oleh semua penjawat awam untuk membuat pinjaman untuk pembinaan atau pembelian rumah. Banyak faedah yang disediakan oleh kerajaan kepada penjawat awam dalam mendapatkan pinjaman tersebut.

Kerajaan telah membuat perubahan pada BPP, yang mana BPP akan diperbadankan yang diberikan nama Lembaga Perumahan Penjawat Sektor Awam (LPPSA) dan dengan ini meletakkan LPPSA sebagai sebuah lagi badan berkanun di Malaysia.

Bersama-sama dengan ini telah ada akta baru untuk LPPSA yang telah di gubal dan di luluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 April 2015 dan Dewan Negara pada 22 April 2015.

Sebelum ini pelbagai khabar angin kedengaran berkenaan LPPSA dan ini membimbangkan kepada semua penjawat awam yang belum membuat pinjaman perumahan. Antara khabar angin tersebut adalah:

  • Ada yang mengatakan LPPSA adalah anak syarikat CIMB
  • Kadar faedah yang ditetapkan oleh CIMB sekitar 5.5 peratus untuk 1-3
  • Tahun yang pertama, manakala tahun ke 6 boleh sampai kadar faedahnya mencecah 6 peratus
  • Rumah di bawah RM300,000 tidak dibenarkan menghantarkan permohonan housing loan atau pinjaman perumahan kepada LPPSA.
Pada pendapat kami, kita perlu dapatkan kepastian dan menunggu pekeliling yang sebenar untuk melihat intipati dan kandungan berkenaan pinjaman perumahan dengan LPPSA ini. Dapatan kami dari semakan dan carian google kami mendapat satu artikel dari Berita Semasa. Di mana berita semasa telah menghubungi pegawai MOF untuk mendaatkan penjelasan awal berkenaan LPPSA seperti di bawah.

Faedah Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan : Penjelasan MOF?

  1. Tiada sebarang dasar baru mahupun perubahan terma melibatkan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan ini
  2. Kemudahan dan kelebihan penjawat awam seperti kadar fedah pinjaman perumahan kerajaan 4 peratus, jumlah kelayakan dan lain-lain lagi masih lagi kekal. Usah risau!
  3. Tidak boleh sama sekali badan berkunan duduk di bawah swasta seperti mana dakwaan LPPSA adalah anak syarikat CIMB. Tuduhan yang sama sekali tidak berasas.
  4. Bermula 1 Januari 2016 ini, pinjaman perumahan Kerajaan melibatkan pegawai dan kakitangan Kerajaan Persekutuan akan diserahkan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA

Kita perlu melihat pekeliling yang sebenar sebelum menambil tindakn dan memberi telahan buruk kepada LPPSA. Maklumat alam maya yang diperolehi perlulah ditapis dan menjalankan sedikit CSI bagi mendapatkan gambaran awal yang jelas berkenaan LPPSA. Betullah kata berita semasa jika LPPSA memberi kesan buruk kepada penjawat awam, sudah tentulah CUEPACS yang lebih dulu bangkit awal dalam menentang LPPSA ini.

Pada pendapat kami kewujudan LPPSA yang mana sebuah badan berkanun, kebiasaannya pantas dan cekap.




.