Bagaimana Membuat Pendaftaran Perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Thursday, February 11, 2016 2 Comments A+ a-

              Baru-baru ni kerajaan telah mewajibkan semua peniaga online untuk mendaftarkan perniagaan mereka.. Tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun akan dikenakan jika didapati perniagaan yang dijalankan tidak didaftarkan. Macam peguam pulak hihi.

Tindakan kerajaan bagi mewajibkan pendaftaran lesen perniagaan, bagi admin adalah satu tindakan yang perlu di buat oleh semua peniaga online. Memandangkan banyak kes penipuan yang berlaku terhadap perniagaan online ini.

Admin pun sebenarnya baru je menjalankan perniagaan online ni.. Boleh lawati www.hanakufi.com atau fb: hanakufi. Hihihi.. Bagi menyahut seruan kerajaan dan mendapatkan kepercayaan pelanggan admin telah membuat pendaftaran ssm.. Melalui entry ini admin nak share cara pendaftaran ssm secara hadir ke kaunter ssm.

Cara mendaftar perniagaan

  1. Dapatkan borang secara online melalui web SSM, klik disini untuk borang A dan Panduan mengisi borang. Korang isi la mana yang tahu supaya bila ke pejabat SSM semua urusan pengisian telah siap dan memudahkan kehidupan kita hahaha. 
  2. Pendaftaran menggunakan dua borang, Pertama  Borang A pendaftaran perniagaan dan kedua Borang PNA.42, untuk pendaftaran nama perniagaan jika tidak menggunakan nama sendiri dalam pendaftaran tersebut.. Terdapat  perbezaan dari segi yuran pendaftaran sama ada menggunakan nama sendiri atau nama rekaan. Klik di sini untuk Borang PNA.42 dan  klik di sini panduan mengisi borang
  3. Untuk nama rekaan, perlulah nyatakan maksud nama tersebut. Contoh admin daftar nama Hana Design Resources. Admin perlu nyatakan maksud hana tersebut.. Haha.. Nama tersebut adalah gabungan nama kami suami isteri dan nama anak pertama kami. Dan di akhir nama boleh diletakkan resouces, trading atau enterprise.. Jika x nak letak pun xpe. 
  4. Pastikan sekeping salinan kad pengenalan untuk pendaftaran tersebut, jika milikan tunggal. Kita boleh hadir dimana2 kaunter SSM untuk mendaftar perniagaan. 
  5. Yuran pendaftaran setahun sebanyak rm70.60 ( RM60 daftar nama perniagaan+RM10 daftar perniagaan+ RM0.60 GST). Jika menggunakan nama sendiri yuran RM30 sahaja. 
  6. Pendaftaran memakan masa lebih kurang 45 minit. Setelah siap nama pemilik akan dipanggil dan diberikan sijil pendaftaran. 
  7. Pegawai di kaunter ada juga beritahu, pembaharuan lesen perniagaan boleh di buat secara online dengan mendaftar di kaunter khas, admin terus ke kaunter tersebut untuk mendaftar, semasa pendaftaran salinan I/C juga diperlukan. Di kaunter tersebut akan diajar cara mendaftar dan memperbaharui SSM.. Jadi tahun depan xpayah lah bersusah payah untuk ke kaunter SSM.. Admin akan buat satu entri bila perbaharui lesen SSM nanti. 
Dengan sijil tersebut maka sahlah perniagaan yang dijalankan, mohon semua doakan perniagaan admin berjaya.

P/s: Menyahut seruan menteri buat dua kerja hahaha

2 comments

Write comments