Anda pandai menjahit, hasilkan video menghasilkan jahitan sehelai baju rung atau baju melayu.
Anda pandai memancing, hasilkan tips-tips umpan, cara pilih joran, tempat memancing, pengalaman memancing. Jadikan hobi anda satu bisnes. Anda pandai photoshop, boleh hasilkan video penggunaan photoshop juga boleh sertakan sekali freegift templat yang anda hasilkan.
Sebenarnya banyak lagi kepakaran yang kita ada yang boleh menjana pendapatan yang lumayan. Penghasilan video yang kreatif boleh jadi viral dan memberi peluang pada kita dari segi strategi pemasaran.
Mesti tertanya-tanya, berapa range harga untuk video yang dijual? Dah tentu value untuk video lebih tinggi. Harga berdasarkan jenis video samaada dalam bentuk digital atau fizikal. Senang cerita harga dalam lingkungan RM100-RM200. Harga berdasarkan kualiti video, persembahan dan jenis content yang dihasilkan. Cuba bayangkan jika harga satu video RM100 dan sebulan dapat jual 10 video, income tambahan dah RM1000 sebulan.hihihi
Video yang dihasilkan untuk permulaan ini boleh diletakkan pada cloud storage, contohnya Dropbox, Google Drive dan lain-lain secara private. Bila dah ada pembeli, berikan share link secara private kepada pembeli. Jadi pembeli boleh download video tersebut.
Amacam dengan cara yang kedua ni? Ohsem? Anda dah boleh mula dengan storyline, flow video yang akan dihasilkan, banyak belajar dengan pakcik google, and jangan putus asa. Rezeki tak ke mana jika ia milik anda.
p/s: Orang sekarang ni suka tengok video dari membaca..hihihi
#3 SERVIS
Anda ada bakat terpendam? ye bakat anda, cuba anda cari bakat anda? Anda boleh jadikan bakat anda sebagai modal untuk menjana income yang ribu-ribuan..hihihi. Daripada bakat anda itu boleh dijadikan servis kepada orang yang memerlukan. Kebiasaannya boleh dimulakan secara kecil-kecilan dahulu, selepas itu kembangkannya sehingga tahap yang anda inginkan.
Ada beberapa contoh yang admin dapat hasil dari pembacaan di internet tentang kejayaan dalam menggunakan bakat untuk menghasilkan pendapatan.
Contoh 1:
Pemilik GARSA KITCHEN, dia memang suka memasak! Apa yang dia buat? Dia buat roti, lepas tu bagi orang rasa.. bagi sedara mara dia.. time ada kenduri dia sukarela buat.. Tiba-tiba orang mula tanya.. Dari situ orang mula order.. Kata nak bawak g ofis la, nak bagi anak g sekolahlah.. ada permintaan! Mula dr minat je..dr family sendiri je.. Terus sekarang berkembang sehingga ada lebih 15staff klu x silap.. Ada kilang sendiri.
Contoh 2:
Kepakaran dalam menulis, dia boleh buat copywriting, suka menulis.. dia jual bakat dia! Ramai yang nak kan servis dia, sampai tak cukup tangan! sebab apa? Sebab ramai orang malas nak menulis.. ramai orang xde idea, xtahu apa nak menulis, xtahu bagaimana nak buat ayat yang beremosi.. Jadi, dia sediakan servis tu.. Itu kepakarannya.
Contoh 3:
Kepakaran menjahit, ni ada lagi sorang surirumah, beliau ada kepakaran untuk menjahit pakaian dan tudung.. Dia beli satu mesin jahit, kemudian letak kat rumah, pastu dia buat la baju ke jubah ke tudung ke, yang memang custom made untuk satu family, ada anak kecil, anak besar, mak budak dan bapak budak.. Memang eksklusif.. Dia jual servis dia, bakat dia.. Mula dr kecik, kemudian semakin membesar…
Contoh 4:
Kepakaran fotografi, mula-mula hanya hobi mengambil gambar, bila dah semakin mahir dan sudah banyak teknik-teknik yang dipelajari, beliau jadikan perkahwinan family sebagai training untuk mendapatkan shot yang menarik dan beliau melangkah dengan lebih jauh dengan mengambil tempahan jurugambar perkahwinan sehingga tak cukup tangan… Rata-rata harga untuk satu sesi fotografi sekarang mahal..
Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh yang boleh diperolehi diluar sana, bak kata pepatah "kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Tak perlu bajet yang besar, mulakan dari apa yang kita ada. "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit"
#4 DROPSHIP
Dropship….ye, sekarang tengah hot, cara paling simple untuk jana pendapatan sampingan. Perlu sedikit kajian dan survey tentang produk yang kita nak jadi dropship tu dan sebaiknya produk yang kita ada pengetahuan sedikit dan minat. Kita ni macam orang tengah la. Keuntungan dengan komisen jualan.
Kenapa kita perlu buat dropship?
- Tak perlu keluar kos untuk dapatkan produk..
- Tak perlu keluarkan kos marketing unutk branding produk. Owner dah buat kan. Kita boleh terus jual.
- Mengurangkan risiko.
- Tidak perlu modal besar untuk permulaan.
- Tak perlu pening kepala fikir soal stok nak simpan mana.
- Tak perlu pening kepala fikir hal production.
- Tak perlu fikirkan camne nak up lagi produk tersebut.
- Tak perlu serabut pikir nak buat penghantaran, sebab kita just ambik order dah serahkan semua kepada owner.
Banyak produk di dalam pasaran sekarang yang dah banyak agen and dah kuat, jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dan semua orang dah tahu seperti DeXandra, Mamadil, Dianpixy, produk pakaian dan macam-macam lagi. Nak tak nak jer. Dah jumpa produk yang sesuai lepas tu fikirkan sapa yang perlu produk tersebut, buat la SWOT analisis sikit tentang produk tersebut ( SWOT tu google sendiri ye.hihi.).
Ok, camne nak promote? Admin cadangkan, mulakan dengan menjual pada orang yang terdekat gunakan aplikasi sosial sebagai medium pemasaran facebook, instagram, whatsapp. Rasanya tidak mustahil kalau nak dapat RM1000 sebulan cuma kena usaha dan jangan putus asa. "Usaha Tangga Kejayaan".
#5 TRAINING
Dari awal lagi admin tekankan kepakaran atau bakat terpendam atau hobi, boleh dijadikan modal utama dalam menjana pendapatan. Gunakan kepakaran anda untuk membuat kelas. Gunakan kemahiran yang ada untuk sampaikan ilmu secara terus kepada mereka yang memerlukannya.
Beberapa contoh kemahiran yang mudah untuk dijadikan kelas:-
Contoh 1:
Anda mahir dengan cara pembuatan kek, coklat atau masakan. Gunakan ilmu ini untuk adakan kelas memasak. Gunakan kemudahan yang ada dahulu contohnya gunakan rumah sebagai kelas. Sebagai permulaan ambik bayaran yang minima dan tunjukkan kebolehan anda kepada yang berminat dan mereka akan jadi agen kita untuk sampaikan kepada orang lain.
Contoh 2:
Anda mahir dalam make-up, anda boleh adakan kelas make-up, buat secara bersiri beginner, intermidiate, expert. Gunakan premis sendiri dulu, boleh buat kat mana-mana tempat. Kenakan bayaran yang minima dulu, gunakan kelas-kelas yang diadakan sebagai testimoni dan interview pelajar yang hadir dan jadikan testimoni dan postkan dalam facebook. Bila oarang dah baca dan berkeyakinan dalam kelas kita, orang akan datang ke kelas kita untuk belajar.
Contoh 3:
Anda pandai mengaji? Guna photoshop? After Effect? Pandai kemahiran berbahasa mandarin, english, jepun?Gunakan ia sebagai modal untuk wujudkan training/kelas kepada orang ramai. Buatlah home tuisyen, ambik 5-10 orang seminggu.
Kesimpulan:
Susah ke nak buat?....hihihi..kita kena ada semangat dan tekad untuk berubah. cehhh. Admin pun sekarang tengah usaha untuk menghasilkan jualan secara online. Kalau kena dengan caranya InsyaAllah, kita akan berjaya. Perkara yang paling penting perlu ingat semua rezeki datang dari Allah, selalulah mintak dengaNya, dan Dia Maha Pemberi rezeki.
Kredit: Sifufbads