Pendaftaran Pengundi Atas Talian – Rakyat Malaysia Boleh Mendaftar Bermula Hari Ini

Thursday, July 18, 2019 0 Comments A+ a-

Hi dan Salam semua netizen..

Harini Abg Zul nk kongsi berkaitan dengan masa depan negara kita. Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan umur rakyat Malaysia yang berhak mengundi diturunkan kepada umur 18 tahun. Oleh itu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia mengumumkan mereka telah membuka laman web untuk pendaftaran pengundi. Laman web boleh diakses bermula harini dinamakan MySPR Daftar.   

Boleh Klik Link ni jika ingin mendaftar



MySPR Daftar boleh digunakan untuk:

  • Pendaftaran Baru
  • Kemaskini maklumat alamat pengundi
Pendaftaran dengan MySPR Daftar amat mudah. Hanya 3 langkah mudah seperti dibawah:



Pemohon dinasihatkan untuk menyediakan maklumat seperti:
  1. Alamat emel - untuk pengesahan akaun pengguna, pastikan menggunakan alamat emel yang aktif.
  2. Gambar/Imbasan My Kad size 500kb - perlu dimuat naik masa daftar
  3. Swafoto dengan My Kad size 500kb - perlu dimuat naik masa daftar

Maklumat yang perlu diisi oleh pemohon:


Contoh gambar yang boleh dimuat naik:

Dengan kemajuan teknologi, maka kita boleh memanfaatkan teknologi yang ada dan memudahkan lagi pengurusan pengundian. Di harap entri kali ini sedikit sebanyak dapat membantu pengundi baru di luar sana. 

Sekadar catatan untuk diri sendiri......