Cara Buat Insuran Kereta Online dan Dapat 10% Diskaun

Monday, February 27, 2017 0 Comments A+ a-

Pada bulan ni tibalah masa untuk habiskan duit untuk bayar insuran kereta, entri kali ini admin berkongsi cara untuk buat insruran secara online dan yang bestnya dapat 10% diskaun....Yela pada zaman sekarang ni kita perlu bijak untuk menyelamatkan wang kita hihihi.

Mesti semua tak sabar untuk tahu kan....ok saya mulakan dengan laman web yang menawarkan pembelian insuran dan diskaun 10%.

Langkah 1: Sila ke laman web www.motortakaful.com , boleh klik pada link yang diberikan. Maka paparan laman web adalah seperti gambar dibawah.


Langkah 2: Klik pada butang warna merah tu "START", pada paparan ini boleh pilih nak bahasa melayu atau english. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan nilai NCD pada tahun ini. Dan klik pada CONFIRM NCD.


Langkah 3: Setelah click CONFIRM NCD, ia akan memaparkan nilai NCD pada tahun semasa. Seterusnya klik butang SUBMIT untuk langkah seterusnya.


Langkah 4: Isikan maklumat pada Quotation

Isikan maklumat diri dengan lengkap.

Bahagian ini anda perlu mengisi maklumat berkenaan kenderaan, untuk mendapatkan harga 
kereta, isikan maklumat kenderaan anda dan klik pada CHECK MARKET VALUE.

Pilih yang mana satu kenderaan yang anda hendak insurankan. Pastikan kenderaan yang 
dipilih betul supaya tiada masalah pada masa kemudian nanti.

Isikan Total Sum Covered. Perhatian kotak hitam dalam gambar ini, total sum covered perlulah 
diisi dalam julat yang dibenarkan sahaja. 

Part ini adalah optional untuk cover insuran nyawa.

Part ini untuk additional coverage seperti windscreen, banjir dan macam-macam lagi. Kalau anda ini perlindungan maksimum boleh la tick ye. Saya cuma nak highlightkan Numbers of Drivers. Isikan siapa driver kedua kereta yang anda hendak insurankan contohya boleh letak isteri, suami, adik atau sebagainya. Pengisian driver kedua adalah percuma dan driver ketiga dan seterusnya akan dikenakan cas RM10....hihi (Buat duit aje diorang ni kan.

 Ok latew diskaun walaupun sikit. hihihi

Bahagian ini akan menyatakan ringkasan jumlah yang perlu dibayar. Jika berpuas hati klik 
butang SUBMIT.

Langkah 5: Kita berada pada ruang pengesahan, ia akan memaparkan segala maklumat yang dimasukkan dan dipersetujui. Semak semua maklumat dan jika inginkan pembetulan klik pada RE-EDIT dan jika berpuas hati, tick pada ruang seperti dalam gambar dibawah dan klik I AGREE.


Langkah 6: Kita perlu membuat pembayaran. Bayaran boleh dibuat dengan perbagai kaedah. Saya akan tunjukkan kaedah menggunakan Online Banking Maybank2u.




Saya akan gunakan Maybank2U. Klik pada butang PROCEED TO PAY untuk meneruskan operasi pembayaran. Pastikan anda turn off dulu Popup Blocker, kalau tidak paparan seperti dibawah
 akan terkeluar.

Jika sudah turn off Pop-up blocker maka skrin pembayaran Maybak2U akan dipaparkan seperti gambar dibawah.

Masukkan Username dan klik NEXT, serta Password Maybank2U anda juga klik NEXT. Jika berjaya paparan pengesahan untuk membuat pembayaran akan dipaparkan.


Click CONTINUE untuk membuat pembayaran. Jika pembayaran berjaya skrin ini akan dipaparkan.

Boleh print transaksi ini sebagi bukti. Setelah pembayaran selesai, anda kan diberitahu Succesful Transaction!. 
Anda boleh download certificate dan print sijil tersebut.

Langkah 7: Anda dah boleh buat road tax melalui MyEG atau pergi ke pejabat pos berhampiran untuk membuat road tax.

Ok, dah selesai bagaimana untuk membuat insuran dengan diskaun 10%, sebenarnya mudah je. hihi. Kalau anda buat dengan ejen 10% ini akan diambil oleh ejen tersebut sebagai komisen. Tapi saya ingin ingatkan pastikan kelajuan internet anda stabil supaya proses pembayaran lancar dan memberikan pengalaman yang baik semasa pembayaran online dibuat.

Semoga bermanfaat.

Sekian